Sunday 21 September 2014

7 sebab kenapa gemuk

saya juga mengalami kegemukan yang agak teruk. naik 10 kilo sejak melahirkan anak. anak pertama badan masih seperti anak dara.. masuk anak ke 2 naik sikit. anak ke 3 jadi makin berat dan sangat susah nak turun.  masalah yang menyebabkan kegemukan!!!! nightmare betul bila kita tengok orang paha kurus, kita pun nak. bila pakai seluar ketat je kat paha dan perut berlapis-lapis. jadi meh kaji mana silapnya???sebab gemuk???

1. pemakanan benda-benda manis...
 eg: kuih-muih, air bergas, ais krim, desert.........gula banyak sangat. minum pun nak air manis je

2. excercise kurang
 tabiat kita suka baring2 masa tengok tv, berlingkar banyak.

3. suka tidur

3. ubat ubatan.
contohnya pil perancang dan steroid. kalau boleh cari pil yang agak mahal macam pil yasmin. walaupun harga mahal, tapi body terjaga. bagi yang mampula.

4. pemakanan benda-benda segera.
 benda ni banyak minyak dan kandungan garam yang sangat tinggi. contohnya kentang goreng, burger, maggie.

5. faktor emosi. .
kita kalau dalam keadaan marah atau stress suka mengunyah kan. jadi cuba cari aktiviti lain jika dalam keadaan marah. contoh kemas rumah, cuci toilet atau keluar bersiar atau window shopping. gerenti berkesan

6. faktor genetik
contoh ibu bapa gemuk, anak pun akan ikut. tak semestinya, tapi kemungkinan tu tinggi. kawallah dengan pemakanan dan exercise selalu.

7. faktor umur
semakin tua, pergerakan makin lambat dan kadar metabolisma badan kurang. jadi lemak tak banyak terbakar.


p/s: kalau suami cakap anda masih kurus menawan, sedangkan hakikat anda nampak macam perempuan mengandung 4 bulan, jangan percaya. beliau hanya menyedapkan hati anda..haha..